* Muaturun

Isnin, 2 Mac 2009

RUJUKAN

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEJABAT

MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN

KETUA PENOLONG PENDAFTAR KANAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

JABATAN PENDAFTAR


PENGURUSAN AM PEJABAT

Ketua Jabatan

  • Menyedia Visi, Objektif, Fungsi,Piagam Pelanggan, Carta Organisasi
  • Menyedia SKT jabatan dan individu
  • Menggalakkan perhubungan sihat antara pegawai
  • Mengadakan program kebajikan
  • Mengguna aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia
  • Menyedia dan melaksana program kualiti jabatan
  • Menyemak semula fungsi jabatan
  • Menilai semula aktiviti jabatan
  • Mengemaskini undang-undang dan peraturan
  • Mengadakan perhimpunan bulanan
  • Memastikan ruang pejabat mengikut spesifikasi
  • Menyedia senarai tugas
  • Senarai tugas perlu dikemas kini jika berlaku:
    • Pertukaran dasar Kerajaan atau objektif jabatan
    • Penstrukturan semula organisasi
    • Pengurangan/penambahan fungsi jabatan
    • Pengurangan/penambahan jumlah kakitangan
    • Perubahan dalam sistem atau cara bekerja

Kemudahan Komunikasi

  • Perkhidmatan Pos: setem, Mesin Franking, pos jelas, online, dll yg ditetapkan
  • Telegram
  • Telefon: talian tetap/ telefon bimbit
  • Faksimili
  • Persidangan video
  • Kaedah komunikasi manual
  • Kemudahan komunikasi lain cth: e-mel, SMS, FTP

Kebersihan Pejabat

  • Asing bahan yang tidak dikehendaki—buang yang tidak perlu
  • Menyusun atur peralatan yang dibekalkan
  • Membersih peralatan, tempat bertugas dan mencegah segala kecacatan terutama selepas bertugas
  • Menyimpan dokumen di tempat yang ditetapkan

Pencegahan Kebakaran

  • Pelan tindakan kebakaran
  • Sistem pencegahan
  • Pemeriksaan alat pemadam api
  • Latihan kebakaran
  • Bilik simpan rekod tahan api/bilik kebal untuk simpan rekod penting

Khidmat Nasihat

  • Perundangan: Jabatan Peguam Negara
  • Kewangan: Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara
  • Keselamatan: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia
  • Keselamatan ICT/Sistem dan Cara Kerja: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Personel: Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Pengurusan Rekod Kerajaan: Jabatan Arkib Negara

PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

Rekod Perkhidmatan Pegawai

  • Maklumat peribadi pegawai
    • Nama
    • Tarikh dan tempat lahir
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor KWSP
    • Agama
    • Kelayakan akademik
    • Nama, nombor kad pengenalan dan alamat waris
  • Maklumat Perkhidmatan
    • Nama jawatan, tarikh lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf pencen/KWSP
    • Keputusan peperiksaan jabatan
    • Tindakan tatatertib
    • Kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja
    • Kursus dan latihan yang dihadiri dan ikatan perjanjian (jika ada)
    • Cuti yang memberi kesan terhadap perkhidmatan pegawai
    • Semua jenis pinjaman dari Kerajaan
    • Kurniaan dan anugerah yang diterima
    • Laporan pengistiharan harta
    • Kelayakan kemudahan lain berkala cth: pakaian panas/pakaian istiadat

Penilaian Prestasi

  • Berdasarkan SKT
  • Penilaian secara berterusan
  • Tahap prestasi yang perlu dicapai dimaklumkan kepada pegawai yang dinilai
  • Memberi peluang/mendengar pandangan pegawai yang dinilai berkaitan prestasinya
  • Mekanisma untuk meningkatkan motivasi dan prestasi pegawai

Pemupukan Budaya Kerja Positif

  • Mewujud dan memupuk semangat kerja berpasukan
  • Ciri kepimpinan yang baik dan berkesan
  • Tujuk ajar, kaunseling dan bimbingan
  • Tanggungjawab dan kepercayaan kepada pegawai
  • Pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai

Pembangunan Modal Insan

  • Latihan yang sesuai dalam/luar jabatan
  • Laluan kerjaya (career path) dan perancangan pelan penggantian (succession plan)
  • Pusingan kerja mengikut tempoh yang sesuai dalam pelbagai bidang
  • Pendedahan yang bersesuaian untuk pengetahuan dan pengalaman kerja di organisasi lain

PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN

Utamakan Pelanggan

  • Layanan yang mesra dan adil
  • Mewujudkan pejabat perkhidmatan pelanggan
  • Memperluas mekanisma penyebaran dan penyampaian kemudahan perkhidmatan
  • Mengurangkan karenah birokrasi

Kemudahan Pelanggan

  • Telefon awam—orang ramai mudah berurusan dengan jabatan
  • Alat siar raya—penyampaian maklumat dengan cepat dan berkesan
  • Kafeteria—untuk kemudahan pegawai dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan
  • Galeri—untuk pamerkan aktiviti jabatan
  • Kemudahan sukan dan riadah

Piagam Pelanggan

  • Semak/kaji semula jaminan kualiti perkhidmatan yang dijanjikan
  • Pastikan jaminan kualiti perkhidmatan yang dijanjikan dipatuhi setiap masa
  • Sediakan sistem pemulihan perkhidmatan bagi mengukuhkan keyakinan pelanggan
  • Pamerkan piagam pelanggan ditempat strategik

Pengurusan Aduan Awam

  • Melantik Pegawai Perhubungan Aduan
  • Pelbagai saluran untuk kemukakan masalah
  • Tempoh penyelesaian yang munasabah
  • Sistem aduan dipertingkat mengikut peraturan yang dikuatkuasa dari masa ke masa

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kaunter

  • Jumlah kaunter yang mencukupi
  • Memusatkan semua perkhidmatan kaunter di satu lokasi
  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan di setiap kaunter
  • Kaunter khas untuk OKU, warga emas dsb
  • Sistem giliran untuk keselesaan pelanggan
  • Buka pada masa yang ditentukan
  • Borang maklumbalas pelanggan
  • Peti cadangan
  • Pegawai kaunter mesra pelanggan, senyum, berbudi bahasa
  • Melantik penyelia kaunter
  • Pemantauan perkhidmatan kaunter

Sistem dan Prosedur Kerja

  • Semak/kaji semula sistem dan prosedur kerja—mudahkan urusan
  • Pusat Khidmat Setempat (One Stop Center)
  • Pamer carta aliran proses kerja
  • Pamer senarai semak dalam proses kelulusan sesuatu jenis permohonan
  • Surat akuan terima--permohonan yang diterima
  • Maklum pelanggan status permohonan dan jangkamasa untuk proses permohonan

Manual Prosedur Kerja (MPK) dan
Fail Meja

  • MPK hendaklah komprehensif bagi jabatan
  • Setiap pegawai mempunyai Fail Meja yang lengkap dan kemas kini
  • MPK dan Fail Meja perlu dikemas kini setiap masa

Borang Permohonan

  • Kurangkan atau hapuskan penggunaan borang bagi urusan tertentu
  • Kaji penggabungan borang untuk sesuatu urusan
  • Borang untuk mengisi maklumat yang perlu sahaja
  • Borang mudah diperolehi dari pelbagai saluran termasuk di laman web

URUSAN SURAT KERAJAAN

Surat Rasmi Kerajaan

  • Alamat pengirim
  • Alamat penerima
  • Nombor rujukan
  • Tarikh surat
  • Tajuk surat
  • Pembukaan dan pengakhiran surat
  • Nombor perenggan, mukasurat dan lampiran
  • Sedia surat dalam 3 salinan—penerima (asal), fail berkenaan, fail timbul
  • Taraf keselamatan surat: Terbuka/Terperingkat

Pendaftaran dan Pengedaran

  • Surat khusus kepada Ketua/Timbalan diserahkan kepada Pembantu Khas (tanpa dibuka)
  • Surat dialamat kepada Ketua Jabatan dan u.p. pegawai—serahkan kepada pegawai
  • Pegawai yang bertanggungjawab mengurus surat jabatan sahaja yang boleh membuka surat dan mendaftar mengikut prosedur
  • Surat dimasukkan ke dalam fail berkenaan
  • Semua surat diterima diambil tindakan segera.
  • Semua surat dihantar keluar adalah salinan asal lengkap dengan tarikh, no.rujukan fail, alamat yang betul, t.t. pegawai.
  • Penghantaran surat boleh melalui faks disusuli segera dengan surat asal

PENGURUSAN FAIL

Pembukaan Fail

  • Tajuk , nombor rujukan fail, tarikh pembukaan fail
  • Kertas minit dan kandungan surat dan dokumen lampiran disusun mengikut tarikh
  • Dakwat merah bagi surat terima
  • Dakwat biru/hitam bagi surat keluar
  • Minit pendek dicatat atas kertas minit
  • Tutup fail—100 kandungan/tebal 4 sm

Fail Sementara

  • Surat/dokumen yang diterima memerlukan tindakan segera sedangkan fail yang berkenaan tidak dapat dikesan
  • Lebih dari seorang pegawai perlu mengambil tindakan dengan menggunakan fail yang sama

Penyimpanan dan Pergerakan Fail

  • Fail terbuka disimpan di Bilik Rekod—disusun mengikut no. rujukan fail
  • Pergerakan fail direkod bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail
  • Simpan dalam perhatian—memudahkan tindakan susulan ke atas sesuatu surat dalam tempoh masa yang ditetapkan
  • Fail Timbul—untuk memaklumkan pegawai atasan mengenai sesuatu tindakan yang telah diambil

PENYELENGGARAAN, PEMELIHARAAN DAN PELUPUSAN REKOD AWAM

Rekod awam

  • Rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam, perusahaan Kerajaan dan Perkhidmatan Awam
  • Merangkumi segala jenis surat, dokumen, bahan bercetak/elektronik/AV
  • Ketua Jabatan—pewujudan, penyelenggaraan, pemeliharaan dan pelupusan setiap rekod awam
    • Mematuhi prosedur rekod awam yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara
    • Mengadakan bilik rekod jabatan dengan kelengkapan bersesuaian
    • Pelupusan rekod awam mengikut Akta Arkib Negara Malaysia 2003 (Akta 629)
    • Melantik seorang Pegawai Rekod Jabatan (Gred 27 ke atas)
  • Pembaikan kecil rekod awam
    • Bahan perekat yang dibuat dari tepung ubi kayu
    • Rekod yang basah dikeringkan dengan kertas serap air dan kipas angin
    • Rekod jangan dijemur di bawah sinaran matahari atau disalai

INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT

  • Inventori: Barang tak luak yang bernilai kurang daripada RM500 setiap satu. Cth: perabot, permaidani, langsir, pinggan
  • Bekalan Pejabat: Barang luak/tak luak yang bernilai rendah dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya satu per satu. Cth: Alat tulis dan kelengkapan pejabat

Perolehan Inventori dan Bekalan Pejabat

  • Perlu mendapat kelulusan pihak tertentu
  • Item yang tersenarai dalam Kontrak Pusat hendaklah dibeli melalui Kontrak Pusat
  • Pembelian di luar Kontrak Pusat—selaras dengan peraturan kewangan
  • Penerimaan bahan dari pembekal—diperiksa untuk memastikan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

Kawalan Penggunaan

  • Merekod dengan lengkap, tepat dan diberi nombor kawalan
  • Pengeluaran bagi tujuan rasmi mengikut keperluan
  • Pengeluaran perlu dilulus dan direkod
  • Pengeluaran dilaksana secara MDKD
  • Sistem kawalan—aplikasi IT lebih sistematik
  • Penyalahgunaan/kecuaian—surcaj dan/atau tindakan tatatertib

Penyimpanan: Tempat

  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut kesesuaian jenis aset
  • Sesuai mengikut fizikal dan ciri-ciri sesuatu aset
  • Aset dalam proses pelupusan-- tempat yang selamat bagi mengelak kehilangan

Penyelenggaraan

  • Dibuat secara terancang mengikut jadual
  • Perjanjian perkhidmatan penyelenggaraan dengan pembekal
  • Disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa
  • Rekod aktiviti penyelenggaraan
  • Menilai program penyelenggaraan

Pemeriksaan

  • Baki dalam buku rekod sama dengan baki dalam simpanan
  • Berkeadaan sempurna
  • Tempoh penggunaan belum luput
  • Stok mencukupi mengikut had keperluan
  • Disimpan ditempat yang ditetapkan
  • Sijil Pemeriksaan Inventori dan Bekalan Pejabat kepada Ketua S/U Kementerian

Sekian

SELAMAT MAJU JAYA